Pelaksanaan

Syarat
  • Tertakluk kepada syarat pengajian dan peraturan Akademik di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
 
Penempatan
  • Penempatan guru pelatih dibuat secara pemuafakatan antara Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan sekolah dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri/ BPTV
  • Penempatan guru pelatih adalah mengikut bidang pengajian di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan kesediaan sekolah.
  • Guru pelatih ditempatkan di mana-mana institusi pendidikan yang berkaitan atau di sekolah rendah/menengah mengikut bidang yang berkaitan.
 
 Tempoh
  • Tempoh minimum pelaksanaan latihan mengajar adalah selama 16 minggu.
  • Sebarang tambahan lain adalah tertakluk kepada struktur kursus yang ditentukan oleh Jawatankuasa Akademik atau Senat dan Peraturan Akademik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
 
Bilangan Waktu Mengajar
  • Bilangan waktu mengajar adalah 8 – 12 waktu seminggu merangkumi mata pelajaran major/pengkhususan dan minor/elektif.
  • Syarat-syarat lain berkaitan dengan bilangan waktu mengajar adalah mengikut keperluan kursus di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
 
Bimbingan
  • Bimbingan oleh pensyarah penyelia dan guru pembimbing secara berterusan mesti diamalkan sepanjang latihan mengajar meliputi bimbingan pengetahuan kandungan pedagogi dan profesionalisme.
  • Guru pembimbing perlu merekod bimbingan yang diberikan.

Bilangan Penyeliaan
  • Penyeliaan hendaklah berasaskan kepada prinsip dan kaedah penyeliaan klinikal.
  • Penilaian hanya dibuat selepas bimbingan diberikan.
  • Bilangan penyeliaan minimum yang dicadangkan adalah seperti berikut :-
                Pensyarah Penyelia : 3 kali
                Guru Pembimbing    : 5 kali
  • Pihak Universiti Tun Hussein Onn Malaysia berhak menentukan bilangan penyeliaan yang wajar mengikut struktur atau peruntukan kursus di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
  • Penilaian bersama antara Penilai Kedua dan Guru Pembimbing perlu bagi kes-kes khas (cemerlang atau gagal).
 
Penyediaan Rancangan Mengajar
  • Penulisan Rancangan Mengajar adalah secara dalam talian dengan menggunakan Sistem E-Pengurusan Latihan Mengajar.
  • Penulisan Log Harian serta Jurnal juga perlu ditulis dan dilengkapkan seperti yang disediakan di dalam sistem tersebut
  • Penilaian penyediaan Rancangan Mengajar adalah secara sistem dalam talian. 
 
Penyediaan Portfolio Pengajaran
  • Semua bahan yang terlibat bagi penghasilan portfolio adalah perlu secara salinan lembut (softcopy). Perlu dihantar setelah tamat LM dan menyerahkan kepada pihak Jabatan Latihan Mengajar & Industri dalam bentuk CD berdasarkan format yang telah ditetapkan oleh pihak fakulti.