Panduan dan Peraturan

Kriteria Pembimbing

  • Guru terlatih yang berpengalaman sekurang-kurangnya tiga tahun dan telah disahkan jawatan.
  • Mempunyai kelayakan iktisas perguruan dan bidang pengkhususan yang sama dengan pelatih.
  • Boleh membimbing maksimum dua orang pelatih secara berterusan dari mula hingga selesai program latihan mengajar.
  • Bilangan penyeliaan sekurang-kurangnya 5 kali sepanjang tempoh latihan mengajar.
  • Mengisi borang permohonan Maklumat Pembimbing dalam borang Pendaftaran Pembimbing di sistem E-Pengurusan Latihan Mengajar FPTV

 

Panduan Pembimbing

  • Pembimbing perlu melaksanakan bimbingan secara berterusan.
  • Pembimbing hanya boleh membimbing maksimum dua orang pelatih.
  • Pembimbing yang dilantik diminta melakukan penyeliaan satu kali seminggu atau sekurang-kurangnya lima kali sepanjang tempoh latihan dengan menggunakan borang penilaian yang disediakan.
  • Bimbingan dibuat secara teratur dan berkesan berpandukan kepada Garis Panduan Latihan Mengajar UTHM.
  • Tuntutan pembimbing hanya layak dibayar kepada seorang pembimbing dengan seorang  pelatih atau seorang pembimbing dengan dua orang pelatih. Tuntutan pembimbing tidak layak dibayar kepada seorang pelatih dengan dua pembimbing.

 

Tuntutan Elaun Khas Pembimbing

  • Tuntutan elaun dibuat menggunakan Borang Tuntutan Pembimbing Program Latihan Mengajar (UTHM/FPTV/LM/01/10-3).
  • Borang tuntutan perlu disertakan dengan dokumen berikut:
    • Salinan surat perlantikan rasmi sebagai pembimbing daripada UTHM.
    • Borang penyeliaan pelatih lima kali sepanjang tempoh Latihan Mengajar. (UTHM/FPTV/LM/02/01-1 dan UTHM/FPTV/LM/02/01-2).
    • Salinan muka depan buku akaun bank yang jelas dan boleh dibaca.
  • Borang yang telah lengkap hendaklah dimajukan kepada Pejabat FPTV setelah tamat latihan mengajar.