Buku Panduan

 

Buku Panduan Latihan Mengajar (LM), Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dibangunkan khusus untuk menyelaras piawaian program LM di institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Sehubungan itu, buku Panduan LM ini wajar menjadi rujukan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), sekolah, politeknik dan kolej komuniti juga wajar menjadikan buku panduan ini sebagai sumber rujukan dalam melaksanakan bimbingan dan penyeliaan terhadap pelatih.

 

Terdapat dua buku panduan Latihan Mengajar yang telah dihasilkan untuk digunakan dalam pelaksanaan LM di UTHM. 

 

1.Panduan Latihan Mengajar (Pindaan 2014) – untuk LM pelajar Sarjana Pendidikan Teknik & Vokasional & Sarjana Muda Pendidikan Vokasional

2.Panduan Latihan Mengajar PPG (Terbitan 2014) – untuk LM pelajar Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah & Sekolah Menengah)

 

Semua maklumat yang terkandung dalam buku panduan tersebut tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa mengikut keperluan UTHM dan institusi yang terlibat. Sila rujuk Jabatan Latihan Mengajar & Industri jika terdapat sebarang pertanyaan.

 

 

Jabatan Latihan Mengajar & Industri

Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

 

Tel    : +6074564030

Faxs : +6074536585