Latihan Mengajar

Latihan mengajar perlu dilaksanakan oleh pelajar-pelajar Sarjana Pendidikan Teknikal & Vokasional (MBV), Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (SMPV) dan Sarjana Muda Pendidikan (PPG) untuk diberikan pendedahan pengalaman menjadi pendidik di tempat kerja yang sebenar. Latihan mengajar juga dapat melatih bakal pendidik untuk mengamalkan konsep, prinsip-prinsip, kemahiran dan nilai-nilai seorang pendidik profesional. Latihan ini mampu membentuk pendidik berkeyakinan dan berupaya dalam menghadapi berbagai cabaran dalam profesion keguruan.