Latar Belakang

Penubuhan Johor Skill Hub yang telah dilancarkan akan menjadi akses utama kepada program-program pendidikan dan kemahiran. Bagi peningkatan pembangunan swadaya insan di Johor seminar ini akan menjadi platform kepada pakar-pakar dalam bidang pendidikan, institusi pengajian tinggi, institusi kemahiran, sekolah dan industri berkaitan agar dapat menjalinkan kolaborasi serta memberi daya saing dan pelaburan berterusan pendidikan Johor.

Dalam usaha menongkah arus dalam perkembangan teknologi dan pendidikan yang kian mencabar, kita mesti bersama-sama berusaha dalam meletakkan Johor sebagai negeri yang mempunyai ekonomi yang fleksibel, produktif dan berdaya saing. Hanya dengan membangunkan ekonomi Johor secara besar-besaran dan radikal, akan membolehkan kita kekal relevan dalam persaingan serantau dan global.

Penganjuran seminar ini menjadi medan bagi universiti, politeknik, sekolah dan organisasi pendidikan di Johor membincangkan isu-isu berkaitan pendidikan dan pembangunan swadaya insan. Isu-isu yang dibincangkan bertujuan meningkatkan kualiti pendidikan secara menyeluruh. 

Peranan UTHM dalam melaksanakan seminar ini akan memberi sumbangan yang besar dalam pembangunan sumber manusia khususnya dalam menjayakan Johor Berkemajuan. 

Johor Berkemajuan yang seharusnya direalisasikan oleh TEAM Johor. Seterusnya penekanan utama dalam melaksanakan inovasi dan teknologi. Diikuti pula oleh penjanaan ekonomi yang pesat khususnya bagi ekonomi digital serta pemantapan prestasi glokal dan global. Kepentingan UTHM dan Institusi Pendidikan di Johor sebagai penggerak utama dalam membantu meningkatkan kualiti pendidikan di Johor secara langsung dan secara dalam talian adalah sangat perlu kerana kamilah pemimpin hadapan dalam bidang pendidikan, penyelidikan dan pembangunan swadaya insan.

Seminar Pendidikan Johor 2017 ini adalah kali kedua diadakan.  Kali pertama telah diadakan pada tahun 2016; antara pencapaian yang telah dicapai ialah mendapat penyertaan yang melebihi 500 orang dan mendapat saranan daripada peserta untuk dijadikan seminar secara tahunan.

Additional information